Isnin, 30 Mac 2009

Balkis dibubarkan tanpa ikut peraturan JPPNS

SINAR HARIAN


Shah Alam - Kerajaan negeri akan membuat aduan rasmi kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Tan Sri Ismail Adam mengenai sikap Pengarah, Jabatan Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor (JPPNS), Mohd Yunus Jamil yang meluluskan pembubaran Badan kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat (Balkis) Balkis tanpa mengikut peraturan dan Undang-undang JPPNS.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Sektretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor, Mohd Yunus mengesahkan pembubaran badan itu ketika disoal siasat panel Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).

“Sikap ini dilihat sebagai tidak bertanggungjawab dan sebagai penjawat awam Mohd Yunus tidak harus memandang remeh mengenai sesebuah pertubuhan yang ketika ini masih dalam siasatan” berdasarkan daripada kenyataan media berkenaan.

Kerajaan negeri juga kecewa dengan kegagalan JPPNS untuk memberi respons kepada surat daripada kerajaan negeri mengenai status Balkis.

Menurut kenyataan media itu, permintaan kerajaan negeri untuk mengadakan satu perbincangan bersama JPPNS mengenai status Balkis yang dikemukakan sejak lebih enam bulan lalu juga tidak dihiraukan jabatan berkenaan.

Tiada ulasan: