Khamis, 26 Mac 2009

NUJM ambil berat penggantungan Harakah dan Suara Keadilan

BERNAMA


KUALA LUMPUR: Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) melahirkan sikap mengambil berat tentang penggantungan dua akhbar parti politik Harakah dan Suara Keadilan atas dakwaan memutar belitkan fakta.

Keputusan Kementerian dalam Negeri menggantung Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan tidak kena pada masanya kerana ia dibuat menjelang tiga pilihan raya kecil.

Tindakan itu akan disalah ertikan kerajaan untuk cuba melenyapkan saluran pandangan, kata presiden NUJM Norila Daud dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kementerian berkenaan hendaklah memberikan penjelasan konkrit kerana penggantungan itu dan bukan menafikan hak mereka yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pada masa yang sama, dua akhbar itu hendaklah cuba mendapatkan pandangan parti dan individu yang menjadi topik perbincangan.

Dalam perkembangan lain, NUJM juga menggesa kerajaan Pulau Pinang tidak melarang pemberita the New Straits Times dan Utusan Malaysia daripada membuat liputan persidangan akhbarnya.

Kerajaan Pulau Pinang yang dipilih orang ramai dan dengan itu akhbar hendaklah dibenarkan mengumpul dan menyemaikan maklumat bagi kepentingan awam.

Tiada ulasan: