Khamis, 26 Mac 2009

Muhyiddin Timbalan Presiden Umno

Oleh G. MANIMARAN
[DIKEMAS KINI 10:30 malam]


KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin dipercayai telah menang jawatan Timbalan Prseiden Umno dengan memperoleh 1578 undi menewaskan pencabarnya Tan Sri Muhammad Muhd Taib 916 undi.

Keputusan tidak rasmi bagi jawatan Naib Presiden menunjukkan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (1552), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (1515) dan Datuk Seri Shafie Apdal (1445) undi.

Sementara itu, keputusan tidak rasmi juga menunjukkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal dipercayai menang jawatan Naib Presiden.

Suasana di Pusat Dagangan Dunia Putra, semakin panas dengan kehadiran penyokong-penyokong calon-calon yang bertanding jawatan ahli Majlis Tertinggi Umno.

Keputusan rasmi dijangka diumumkan dalam masa terdekat.

[BERITA TERDAHULU]

Pemilihan Umno: Lagi keputusan mengejut malam ini

Pemilihan Majlis Tertinggi (MT) hari ini dilihat turut bakal menghidangkan keputusan-keputusan mengejutkan, yang akan diketahui menjelang 11 malam ini.

Proses pengiraan undi sedang dijalankan.

Di bawah kawalan ketat, maklumat-maklumat tidak rasmi menunjukkan sehingga pukul 7.30 petang tadi belum ada petanda jelas siapa pemenag jelas bagi kerusi Timbalan Presiden dan Naib Presiden.

Sebagaimana bagi jawatan Ketua Pemuda dan Ketua Puteri, kedua-dua calon Timbalan Presiden iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dipercayai saling mendahului.

Sebelum ada spekulasi mengatakan penyokong Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Ali Rustam akan mengalihkan sokongan kepada Muhammad selepas Ketua Menteri Melaka telah dilucutkan hak bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Malah difahamkan kejutan yang dimaksudkan juga dikaitkan dengan keputusan pemilihan ketiga-tiga sayap Pemuda, Wanita dan Puteri.

Dalam pada itu bagi jawatan Naib Presiden, rata-rata maklumat yang disebarkan menunjukkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi berada dalam kedudukan untuk menguasai salah satu kerusi.

Dua kerusi lain menjadi saingan tujuh calon lain.

Daripada tujuh calon berkenaan, dua wakil dari Johor dikatakan mendahului calon lain.

Ekoran keputusan semalam, Datuk Shafie Afdal juga terpaksa bersaing keras dengan yang lain bagi menguasai baki dua kerusi Naib Presiden.

Seramai 2,519 perwakilan layak mengundi dalam pemilihan ini.

Tiada ulasan: