WAN NORDIN WAN YAACOB
KUALA LUMPUR - Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menyatakan bantahan keras terhadap tindakan pengantunggan Harakah dan Suara Keadiaan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Sementara surat yang dihantar kepada kedua akhbar itu tidak memberi alasan apa-apa , ternyata Menteri KDN, Dato' Seri Syed Hamid Albar tidak dapat berselindung lagi, bahawa berita yang didedahkan oleh kedua akhbar tersebut telah mengancam kepentingan pihak yang terlibat.
Demikian kata Pengerusi Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataannya kepada Harakah hari ini.
Teras tidak nampak kenapa tindakan ini perlu diambil secara autokratik sedangkan pihak kerajaan mempunyai saluran membawa pengurusan akhbar tersebut ke muka pengadilan jika benar apa yang didedahkan menyalahai undang-undang,katanya.
"Jelas hanya beberapa hari sahaja Najib akan mengambilalih kuasa , tindakan ini menunjukkan bahawa beliau ingin bertindak melampau dari polisi terbuka yang diambil sedikit sebanyak oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi," tegasny.
Sementara itu tindakan membiarkan pihak polis bertindak keras kepada perarakan 100,000 rakyat yang membantah PPSMI pada 7 hb Mac 2009 yang lalu dan juga terhadap ceramah-ceramah yang ingin dianjurkan oleh pihak Pakatan Rakyat membanyangkan Negara akan berada di bawah pemerintahan yang akan beralih kepada sifat autokratik.
Teras melihat tindakan menggantung dua akhbar tersebut adalah tindakan politik bukan tindakan peraturan seperti yang cuba diketengahkan, katanya.
"Kami dengan itu mengesa rakyat agar Negara ini jangan dibiarkan dicampak ke dalam era pemerintahan kuku besi hanya kerana pihak kerajaan sedia ada tidak mahu kehilangan kuasa, katanya.
Jika setelah 52 tahun merdeka pihak kerajaan masih merasa rakyat belum mampu berfikir secara matang dari segi menilai maklumat maka nyata kerajaan Umno/BN sudah tidak mempunyai kredibiliti lagi untuk memerintah, katanya._
Tiada ulasan:
Catat Ulasan