Jumaat, 27 Mac 2009

Shahrir tawar letak jawatan Kabinet, ramai menyusul?

MSTAR ONLINE


KUALA LUMPUR: Datuk Shahrir Abdul Samad menawarkan diri untuk meletakkan jawatan sebagai anggota Kabinet ekoran kegagalan dalam pemilihan kerusi Majlis Tertinggi (MT) semalam.

Ketua Umno Bahagian Johor Bahru itu berkata, keputusan yang diumumkan lewat malam tadi menggambarkan sokongan terhadap kedudukan beliau dalam anggota Kabinet.

Shahrir dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mac 2008 selepas pilihan raya umum ke-12.

Beliau merupakan antara dua menteri, timbalan menteri dan empat menteri besar gagal dalam saingan mereka untuk menduduki MT kali ini.

Kata beliau, keputusan itu juga selari dengan konvensyen Umno iaitu meletakkan jawatan ekoran keputusan pemilihan.

Malah katanya, keputusan itu diambil selari dengan peralihan kuasa dijangka awal bulan depan.

Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak akan mengambil alih jawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri.

Tiada ulasan: