MALAYSIA KINI
Cuepacs menolak cadangan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai syarat lulus peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) tahap empat, prestasi cemerlang tiga tahun berturut-turut dan perakuan ketua jabatan untuk mendapat kenaikan pangkat atau anjakan gaji.
Sebaliknya, Presidennya Cuepacs, Omar Osman berkata pihaknya mahu setiap kakitangan yang lulus PTK tahap empat dan menunjukkan prestasi cemerlang tiga tahun berturut-turut, diberikan kenaikan pangkat atau anjakan gaji secara automatik tanpa perakuan ketua jabatan.
"Sekarang ini ramai kakitangan yang memenuhi ketiga-tiga kriteria itu tetapi tidak mendapat apa yang sepatutnya mereka nikmati," kata Omar, lapor Bernama
civil servants 200404Katanya Cuepacs turut menolak penambahbaikan yang dibuat JPA yang menghendaki kakitangan mengambil ujian semula tahun berikutnya sekiranya tidak mendapat kenaikan pangkat atau anjakan gaji pada tahun mereka lulus ujian itu.
"Cuepacs berharap selepas 1 Mei ini PTK yang baru akan memberi peluang kepada kakitangan kerajaan yang mencapai umur 50 tahun atau setidak-tidaknya sebelum persaraan mendapat kenaikan pangkat atau anjakan gaji," kata Omar.
Menurutnya, rasa tidak puas hati berkaitan PTK tidak sahaja bangkit dari kakitangan bawahan, malah sehingga peringkat pegawai kanan.
Omar berkata Cuepacs telah selesai membuat penambahbaikan terhadap 18 daripada 30 perkara penambahbaikan peperiksaan PTK) yang dibuat oleh JPA.
Cuepacs akan mengadakan satu kongres di Kuala Terengganu bulan depan bagi membincang dan meluluskan penambahbaikan itu sebelum ianya diserahkan kepada JPA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan