Sabtu, 17 Jun 2017

Tarikh lihat anak bulan Syawal 24 Jun

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan tarikh Hari Raya Aidilftri ialah 24 Jun bersamaan 29 Ramadan 1438 Hijrah, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini.
 
Kenyataan itu menjelaskan, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui cara menetapkan tarikh adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).
 
“Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa menerusi radio dan televisyen,” kenyataan itu menerangkan.
 
Anak bulan Syawal akan dilihat di 29 lokasi di seluruh negara.
 
 

Tiada ulasan: