Rabu, 7 Jun 2017

SPRM sedia siasat FGV

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia untuk membuat siasatan dalam isu membabitkan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) ketika ini.
 
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki bagaimanapun berkata, SPRM terlebih dahulu perlu meneliti laporan yang dibuat jika ada berlaku salah guna kuasa atau rasuah.
 
"Ya, SPRM akan teliti dahulu laporan sama ada ia di bawah bidang kuasa SPRM atau sebaliknya dan SPRM hanya menyiasat jika ia mempunyai unsur rasuah atau salah guna kuasa, " katanya dipetik Bernama.
 
Lembaga Pengarah FGV hari ini mengarahkan empat pegawai kanannya bercuti serta merta bagi memberi ruang audit dalaman dijalankan berhubung siasatan tunggakan bayaran syarikat Safitex kepada Delima Oil Products Sdn Bhd, sebuah anak syarikat FGV. 
 
Empat yang dipaksa cuti ialah Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad; Ketua Pegawai Kewangan, Ahmad Tifli Mohd Talha; Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products, Kamarzaman Abd Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar. 
 
Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad berkata, siasatan ke atas Zakaria membabitkan jutaan ringgit. 
 
Katanya, siasatan dijalankan susulan hasil siasatan yang dilakukan syarikat audit, PricewaterhouseCoopers yang tidak boleh dinyatakan kepada umum. 
 
Zakaria dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada 1 April tahun lalu.
 
 

Tiada ulasan: