Khamis, 8 Jun 2017

Op Selamat 11 mula Rabu depan - TPM

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Op Selamat 11 sempena Aidilfitri akan bermula pada Rabu depan (14 Jun), kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 
 
Beliau berkata, operasi trafik berkenaan diteruskan dengan bertujuan mendidik pengguna jalan raya sekali gus mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya ketika musim perayaan. 
 
"Selain penguatkuasaan, kesedaran orang ramai juga penting untuk mengurangkan kadar kemalangan dan kematian pada musim perayaan," katanya berucap sempena Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni di Bulan Ramadan di Pusat Latihan Polis. 
 
Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata PDRM sentiasa bersiap siaga dengan melipatgandakan usaha, risikan dan rondaan keselamatan bagi menangani ancaman khususnya daripada kumpulan militan Daesh yang cuba mencemari kemuliaan bulan Ramadan dengan melancarkan beberapa serangan kononnya atas dasar jihad. 
 
"Mereka melihat bulan mulia ini sebagai "bulan jihad dan bulan bencana" dengan menggalakkan pengikutnya menyerang dan serta membunuh orang awam termasuk umat Islam sebagai tiket untuk "mati syahid." 
 
"PDRM sentiasa bersiap siaga untuk menggagalkan niat serong dan jihad terpesong kumpulan berkenaan," katanya.
 
 

Tiada ulasan: