Rabu, 7 Jun 2017

LZS berjaya bebas 965 keluarga dari kategori asnaf

SELANGOR KINI

LZS-ZAKAT-e1464246618281

SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjaya mengeluarkan 965 keluarga fakir dan miskin dari kategori asnaf pada 2016 .

Daripada jumlah tersebut, 790 keluarga penerima zakat berupaya keluar daripada kategori asnaf hasil siasatan semasa LZS dengan menggunakan garis penentuan fakir dan miskin iaitu had al-kifayah.

Manakala, 175 keluarga lagi penerima zakat bagi bantuan perniagaan di bawah Program Pembangunan Ekonomi.

“Pada 2016, RM6.7 juta diagihkan kepada usahawan asnaf fakir dan miskin berpontesi dan RM0.3 juta pula kepada usahawan asnaf mualaf.

”Bantuan yang disalurkan ini meliputi bantuan perniagaan, perikanan, penternakan, pertanian dan projek usahawan berkelompok,” kata agensi itu dalam kenyataan hari ini.

Tahun ini, LZS mensasarkan 220 keluarga berjaya keluar daripada kategori asnaf fakir dan miskin seterusnya menjana pendapatan yang dapat membangunkan ekonomi keluarga mereka.

Tiada ulasan: