PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan sebentar tadi memutuskan sembilan rakyat
Filipina yang didapati bersalah melancarkan perang terhadap Yang
di-Pertuan Agong dalam insiden pencerobohan Lahad Datu, Sabah, empat
tahun lalu, dijatuhi hukuman mati.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Mohd. Zawawi Mohd. Salleh yang
bersidang bersama Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Kamardin Hashim
menetapkan demikian selepas membenarkan rayuan pendakwa raya.
Mereka terdiri daripada anak saudara kepada lelaki yang mendakwa
dirinya Sultan Jamalul Kiram III, Datu Amir Bahar Hushin Kiram, 54;
Julham Rashid, 70; Virgilio Nemar Patulada, 53; Salib Akhmad Emali, 64;
Tani Lahad Dahi, 64; Basad H. Manuel, 42; Ismail Yasin, 77; Atik
Hussin Abu Bakar, 46; Al Wazir Osman, 62.
Mahkamah mengekalkan sabitan dan mengubah hukuman penjara sepanjang
hayat yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 26 Julai
tahun lalu kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 121 Kanun
Keseksaan.
Anggota kumpulan pengganas itu disabitkan melakukan kesalahan itu di
beberapa tempat berbeza di Kampung Bakau dan Kampung Peringi di
Semporna, Kampung Madai di Kunat, Ladang Atlas 2 di Jalan Ulu Tungku dan
Kampung Tanduo di Lahad Datu di antara 9 Februari 2013 dan 13 Mac
2013.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan