Khamis, 9 Julai 2015

Kenapa 1MDB tidak serahkan penyata bank?


Tony Pua
Tony Pua



KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Tony Pua mempersoalkan mengapa 1Malaysia Development Berhad(1MDB) tidak memberi kerjasama penuh menyerahkan penyata bank kepada Jabatan Audit Negara.

Menurutnya, penyata bank adalah dokumen paling penting dalam siasatan ke atas syarikat tersebut.

"Bagaimana nak buat siasatan jika tiada penyata bank. Penyata bank adalah perkara paling penting dalam penyiasatan.

"Mereka (1MDB) juga lambat menyerahkan dokumen selain terdapat dokumen penting lain tidak disertakan,"katanya selepas sidang media, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: 1MDB tidak serah dokumentasi penting pada Audit]

Beliau berkata, tiada sebarang alasan sepatutnya dikemukakan 1MDB kerana tidak menyerahkan penyata bank tersebut.

"Penyata bank boleh dicetak tidak sampai lima minit. Tiada alasan," katanya.

Katanya lagi, jika 1MDB tetap enggan memberikan penyata bank tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu mengarahkan syarikat milik kerajaan itu berbuat demikian.

"Ini kerana perdana menteri yang telah mengarahkan siasatan tersebut dijalankan," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata laporan interim yang disediakan Jabatan Audit Negara adalah amat memuaskan.


Tiada ulasan: