Khamis, 19 Februari 2015

Tegar menderita kesusahan semula selepas menjadi mangsa penipuan

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Penyanyi cilik Indonesia yang mencipta nama di Malaysia, Tegar Septian atau Tegar, dilaporkan kini menderita kesusahan semula di kampungnya, dengan ibunya kembali menjadi pengemis jalanan selepas penyanyi itu menjadi mangsa penipuan.
 
Memetik laporan Berita Harian, sumber yang juga bekas pegawai perhubungan awam syarikat rakaman naungan Tegar berkata, penyanyi yang popular menerusi lagu 'Aku yang dulu bukanlah yang sekarang' itu kini hilang sumber pendapatan.
 
Dikatakan Tegar menjadi mangsa penipuan pengurus barunya yang dikenali sebagai 'A', yang mana penyannyi berusia 13 tahun itu juga pernah menjadi penipuan pengurus lamanya. 
 
"Saya simpati dengan Tegar. Dia kini berada di kampung kerana tidak bekerja lagi. Pasport Tegar juga dilarikan A. 
 
"Tegar terpaksa menolak tawaran membuat persembahan di Malaysia kerana tiada pasport," ujar sumber berkenaan.
 
Sumber itu juga memberitahu A seorang warga Singapura , dan kini dipercayai berada di Kuala Lumpur.
 
"Tegar pernah memberitahu ibunya bahawa dia tiada wang kerana A membelanjakannya sesuka hati," katanya.
 
Dalam pada itu, bekas pengurus Tegar yang dikenali sebagai Arif Dollah menafikan dirinya melarikan pasport dan gitar kesayangan penyanyi cilik itu.
 
"Jika saya melarikan pasportnya, kenapa tidak membuat laporan polis? Biar pihak berkuasa melakukan siasatan dan saya bersedia memberikan kerjasama. Saya hairan kenapa sekarang isu ini ditimbulkan sedangkan saya dan Tegar berpisah pada 25 Januari lalu.
 
"saya menyerahkan Tegar kepada ibu dan bapa tirinya selepas selesai Anugerah Dahsyat di Jakarta. ibu dan bapa tiri Tegar mahu membawa pulang anak mereka ke kampung di Jakarta. Sepatutnya kami bertemu selepas dua hari tetapi Tegar tidak muncul.
 
"Bagaimanapun timbul pelbagai isu yang cukup sukar dan terlalu peribadi untuk saya nyatakan. Saya hanya menerima mesej menyatakan saya tidak diperlukan lagi sebagai pengurus," ujarnya yang dipetik akhbar berkenaan. 

Tiada ulasan: