Isnin, 16 Februari 2015

Pusat patut contohi ketegasan MB batal projek Kidex

Oleh: AFIX REDZUAN


SHAH ALAM: Kerajaan Pusat patut mencontohi ketegasan Kerajaan Selangor yang membatalkan projek Lebuhraya Kinrara Damansara (Kidex) yang selama ini menjadi pertikaian berhubung keperluan projek itu.

Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin, berkata syarikat konsesi diberikan masa cukup untuk membuktikan kepada Kerajaan Negeri bahawa projek itu relevan dilaksanakan.

kidexNamun selepas tempoh diberikan, syarikat konsesi masih gagal berbuat demikian.

“Keputusan yang bagus. Kerajaan Selangor telah memberikan masa cukup kepada mereka namun pemaju tidak berkeupayaan untuk membuktikan manfaat pembinaan projek ini.

“Menteri Kerja Raya perlu mencontohi tindakan Kerajaan Selangor,” katanya ketika dihubungi Selangorkini.

Speaker DNS, Hannah Yeoh
menerusi lama twitter menyambut baik pendirian tegas Kerajaan Selangor membatalkan projek itu.

“(Satu) pendirian tegas,” katanya ketika membalas twitter Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

Adun Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran berkata Kerajaan Selangor kini perlu memberikan fokus kepada pelan pembangunan pengangkutan awam bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya.

“Saya menyokong pendirian dan keputusan Menteri Besar dalam isu ini memandangkan Kerajaan Selangor memberikan syarat khas (kepada syarikat konsesi) namun gagal dipatuhi.

“Selepas ini, Kerajaan Selangor perlu memberikan fokus kepada pelan pembangunan pengangkutan awam seperti yang dibuat di Singapura,” katanya.

Kerajaan Selangor hari ini mengumumkan pembatalan projek berkenaan ekoran kegagalan syarikat konsesi mematuhi tiga syarat ditetapkan sebelum 14 Februari 2015.EZY

Tiada ulasan: