Isnin, 16 Februari 2015

Menteri: Pembatalan Kidex dibawa ke Kabinet

SELANGOR KINI


SHAH ALAM: Isu pembatalan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) akan dibawa ke Mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Fadillah berkata, beliau tidak boleh memberikan sebarang komen berhubung isu berkenaan kerana membabitkan Kabinet dan Kerajaan Negeri.

Fadillah Yusof“Saya akan meneliti terlebih dahulu alasan Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berhubung pembatalan Kidex yang diumumkan beliau.

“Selepas itu, saya akan merujuk perkara ini kepada Kabinet dan akan membuat kenyataan rasmi selepas segala yang berkaitan diselesaikan,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Terdahulu, Kerajaan Selangor hari ini mengumumkan pembatalan projek berkenaan ekoran kegagalan syarikat konsesi mematuhi tiga syarat ditetapkan, sebelum 14 Februari lalu.

Tiada ulasan: