Selasa, 17 Februari 2015

Ismail Sabri, bolehkah boikot KR1M yang ‘mahal’, soal DAP

 OLEH MELATI A JALIL DAN LOW HAN SHAUN

Barangan dari Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dibandingkan dengan harga barangan yang sama dijual di pasar raya besar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Februari, 2015. Barangan dari Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dibandingkan dengan harga barangan yang sama dijual di pasar raya besar. – Gambar fail The Malaysian Insider.





































Seorang ahli Parlimen pembangkang hari ini bertanya Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekiranya rakyat Malaysia harus juga memboikot Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang didapati menjual sesetengah barangan pada harga lebih mahal dari pasaraya.

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata semakan harga yang dijalankan baru-baru ini di KR1M dan pasar raya besar Tesco menunjukkan perbezaan ketara antara kedua-duanya, yang mana dikatakan menawarkan harga rendah.

“Berdasarkan kepada logik Ismail, adakah dia juga mahu menggalakkan rakyat Malaysia memboikot KR1M,” soal Lim selepas mengadakan sidang akhar di luar salah satu outlet KR1M di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, hari ini.

KR1M ialah rangkaian kedai runcit milik kerajaan, menjual barangan harian pada harga rendah. Outlet pertama di stesen LRT Kelana Jaya dirasmikan pembukaannya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2011.

Banyak aduan diterima berkenaan harganya yang dikatakan lebih tinggi berbanding barangan dijual di pasar raya besar.

“Saya baru saja tunjukkan anda bukti. Ini adalah barang yang lebih mahal, dari kurang 1% kepada lebih 10% jika dibandingkan dengan yang dijual di pasar raya besar,” katanya.

Tiada ulasan: