Selasa, 6 Januari 2015

Zaid: Perundangan negara kucar-kacir

MALAYSIAKINI


 


Bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim berpandangan seorang hakim mahkamah sivil tidak sepatutnya memutuskan bahawa mahkamah Mahkamah Tinggi tiada kaedah untuk menyelesaikan sesuatu kes.

Zaid yang hadir pada perbicaraan sarjana Kassim Ahmad berkata beliau membesar dengan mengetahui bahawa Malaysia hanya mempunyai satu sistem mahkamah - mahkamah sivil.

Menyifatkan keadaan perundangan negara sebagai berada dalam keadaan kucar-kacir, Zaid tidak terkejut dengan keputusan mahkamah hari ini.

"Mahkamah Syariah dianggap mahkamah yang lebih rendah. Seorang hakim mahkamah tinggi sepatutnya tidak berkata yang penyelesaiannya tiada di mahkamah ini.

"Jika anda mahu tolak sesuatu permohonan berdasarkan fakta, tiada masalah. Namun dalam negara ini, tiada mahkamah yang lebih tinggi daripada mahkamah sivil.

"Tiada kaedah lain selain daripada mahkamah sivil," tegasnya.

Kassim pagi ini gagal dalam permohonan semakan kehakiman bagi mengisytiharkan pendakwaan dan penahannya oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di rumahnya di Kulim, Kedah sebagai tidak sah dan bercanggah dengan undang-undang.

Hakim Mahkamah Tinggi Asmabi Mohamad memberitahu Kassim bahawa terdapat kaedah lain boleh didapatkannya di Mahkamah Rayuan Syariah.

Tiada ulasan: