Selasa, 20 Januari 2015

Sirul, sila hubungi saya – Mahfuz

 
"0194423685 itu adalah nombor telefon saya, dan mahfuz455@yahoo.com adalah emel saya.


mahfuz omar_azilah sirul_300


KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menyatakan hasratnya membantu bekas Koperal Sirul Azhar Umar bagi mendedahkan motif pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu

Menurut Mahfuz, walaupun Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Sirul didapati bersalah membunuh Altantuya, motif pembunuhan masih tidak terjawab.

“Saya tidak mempertikaikan keputusan mahkamah, tetapi mahkamah tidak sepatutnya menyembunyikan motif pembunuhan tersebut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, hari ini.

Sehubungan itu, Mahfuz bersedia untuk membantu Sirul bagi mendedahkan motif pembunuhan.
“Sirul, sila hubungi saya melalui telefon bimbit, Facebook, dan emel. 0194423685 itu adalah nombor telefon saya, dan mahfuz455@yahoo.com adalah emel saya,” jelas beliau.

Tambahnya, beliau tidak melihat Sirul dan Azilah mempunyai motif peribadi, kerana baginya, pastinya ada arahan daripada pihak tertentu.

“Mereka bukan polis biasa, mereka polis daripada Unit Tindakan Khas. Mereka akan membunuh apabila dapat arahan,” kata Mahfuz.

Selain itu, Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga memberitahu kesediannya untuk bertemu dengan Sirul di Australia.

“Sekiranya Sirul menghubungi saya, maka saya akan menetapkan satu pertemuan, buat satu rakaman video mengapakah beliau melakukan pembunuhan tersebut .Video itu saya akan serahkan kepada pihak polis,” ujar beliau.

Mahfuz tidak menganggap bahawa beliau mencari publisiti, dan menjelaskan: “Saya tidak menganggap ini satu publisiti kerana ibu dia juga mengharap dia pulang dan saya sendiri juga berharap demikian.”

Tiada ulasan: