Khamis, 8 Januari 2015

Selangor rangka mekanisme terkini bantu peluang kerja OKU

Oleh: AFIX REDZUAN


SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menerusi portfolio Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga sedang merangka mekanisme bagi membantu golongan orang kelainan upaya (OKU) mendapat tempat dalam pasaran pekerjaan nasional.

Exconya, Dr Daroyah Alwi berkata, usaha itu dilihat sebagai langkah yang baik selepas beliau membuat lawatan kerja ke Kagumas College & Hospitality, di Bangi.

Kolej berteraskan kulinari itu membuka ruang latihan kepada golongan OKU yang mengalami masalah pembelajaran dan sehingga kini berjaya melahirkan graduan cemerlang dalam pasaran kerja.

istimewa 1“Saya lihat, kita boleh membantu anak OKU yang mengalami masalah pembelajaran untuk mendapatkan kerja berbentuk kemahiran seperti tukang masak.

“Itu antara perancangan yang kita akan laksana di bawah portfolio kebajikan,” katanya kepada Selangor Kini.

Katanya, bentuk kecacatan yang dimaksudkan bukan dari segi fizikal sebaliknya menjurus kepada penyakit seperti dislexsia dan autisme.

Daraoyah berkata, Kerajaan Negeri sudah meminta Kagumas menghantar kertas cadangan untuk dipertimbangkan sebelum sebarang keputusan dibuat.

dr daroyah“Antara bentuk bantuan yang boleh disediakan Kerajaan Negeri adalah yuran pengajian memandangkan kos yuran yang tinggi menyukarkan ibu bapa menghantar anak mereka mendapat peluang pembelajaran.

“Peluang sebegini diharap dapat membuka ruang kepada ibu bapa untuk menghantar anak mereka mendapatkan pelajaran, sekali gus dapat menyesuaikan diri dalam bidang pekerjaan,” katanya.-NFN-

Tiada ulasan: