Khamis, 22 Januari 2015

'Peranan Razak dalam isu Scorpene disiasat'

MALAYSIAKINI


 


Kes Suara Rakyat Malaysia (Suaram) terhadap syarikat kapal tentera laut Perancis DCNS berhubung dakwaan sogokan RM7.3 bilion dalam rundingan pembelian kapal selam Scorpene dengan Malaysia masih diteruskan, kata bekas pengarahnya Cynthia Gabriel.

Katanya, beliau masih berminat meneruskan kes yang difailkan NGO hak asasi manusia itu ketika bawah pentadbirannya sebelum ini.

Gabriel (kanan) berkata, sepanjang pengetahuannya, Suaram yang memfailkan kes di Paris pada 2011, tidak melupakannya begitu sahaja.

Katanya, mahkamah cuba mengesahkan sama ada penganalisis politik Abdul Razak Baginda, yang dilepaskan daripada perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, bertindak atas kapasiti rasmi untuk Kementerian Pertahanan.

Setakat ini, katanya, Abdul Razak yang kini dipercayai tinggal di United Kingdom, dikatakan “rakan dan sekutu rapat” timbalan perdana menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak.

Tiada ulasan: