(Dari kanan) Wan Mat Zin bersama Hussamuddin dan Muhammad Nasir di Masjid Kampung Laut, Kelantan, semalam. - Foto Sinar Harian oleh KHIRU SHALEH ABDULLAH (Dari kanan) Wan Mat Zin bersama Hussamuddin dan Muhammad Nasir di Masjid Kampung Laut, Kelantan, semalam. - Foto Sinar Harian oleh KHIRU SHALEH ABDULLAH
 
 
TUMPAT - Lebih 2,000 penduduk Kampung Laut di sini, menghargai usaha dan inisiatif program #KitakanIslam.

Imam Masjid Kampung Laut, Wan Mat Zin Mat Yusoff berkata, sukarelawan yang menyumbangkan tenaga  membersihkan kesan banjir di masjid berkenaan, sememangnya jelas menunjukkan sokongan dan semangat yang tinggi.

Menurutnya, bencana banjir terburuk di negeri ini menyebabkan masjid yang berusia 67 tahun itu, dinaiki air sehingga paras pinggang, sekali gus banyak kerosakan berlaku.

“Musibah melanda, membuatkan ramai pihak prihatin dan memberi kerjasama secara spontan.

"Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dapat meringankan beban kami terutama selepas banjir kerana keadaannya amat teruk.

Masjid (Dari kanan) Wan Mat Zin bersama Hussamuddin dan Muhammad Nasir di Masjid Kampung Laut, Kelantan, semalam dipenuhi lumpur dan memerlukan pembersihan secara besar-besaran,” katanya, hari ini.

Katanya, keprihatinan Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) memberi inspirasi pada pihak lain dalam usaha membantu masjid-masjid terjejas banjir.

“Semoga usaha murni ini men- dapat keberkatan dan pihak yang membantu dipermudahkan urusan mereka,” katanya.

#KitakanIslam melibatkan 200 sukarelawan turun ke Kampung Laut dan memilih masjid di sini sebagai sasaran pembersihan.

Turut serta, Pengarah Urusan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub dan Timbalan Pengerusi, Muhammad Nasir Hamzah.