Sabtu, 10 Januari 2015

MB ke Manek Urai bantu pembersihan pasca banjir, hulur bantuan

Oleh: AFIX REDZUAN


KUALA KRAI: Selepas menempuh perjalanan lebih satu jam, Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali memulakan lawatan kerja ke Kelantan dengan mengunjungi bilik operasi banjir Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor (Pantas) di Kuala Krai.

Sejurus tiba, Mohamed Azmin meluangkan masa beramah mesra dan melihat sendiri persediaan makanan yang dilakukan petugas Pantas.

PANTASDifahamkan pasukan Pantas menyediakan makanan untuk penduduk kawasan Manek Urai, Taman Orked dan Taman Berkat Jaya.

Rombongan Dato’ Menteri Besar bergerak ke Manek Urai pada jam 11.05 pagi menaiki pacuan empat roda.

Mohamed Azmin sebelum itu selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra bagi lawatan kerja sehari pasca banjir di Negeri Kelantan.
MB KRAI12

Rombongan Kerajaan Selangor yang diketuai Mohamed Azmin menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tiba pada jam 9.10 pagi dan disambut oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaacob.

Lawatan kerja sehari ini akan bergerak ke Kuala Krai dan Manek Urai bagi membantu dan melihat kawasan banjir untuk kerja-kerja pembersihan.

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dipertenggungjawabkan untuk bertugas di dua kawasan berkenaan.EZY

Tiada ulasan: