Sabtu, 10 Januari 2015

Malaysia kurang senang kapal nelayan dibom

 
Kementerian Luar berharap pihak berkuasa Indonesia akan bertindak dengan hati yang tulus ikhlas. 


bot nelayan


KUALA LUMPUR: Indonesia diharap akan bertindak dengan hati yang tulius terhadap kapal-kapal nelayan asing, khususnya Malaysia yang menangkap ikan secara haram di perairan negara itu.

Kementerian Luar Malaysia mengakui Indonesia melakukan tindakan terhadap kapal-kapal nelayan mengikuti undang-undangnya, tetapi ia perlu memastikan kesejahteraan nelayan terbabit semasa menangani kejadian yang serupa pada masa yang sama.

Sehubungan itu Wisma Putra bersedia untuk berbincang dengan pihak berkuasa Indonesia berhubung laporan kapal nelayan yang mengibarkan bendera Malaysia yang dibom di Belawan, Medan di Sumatera Utara.

Kapal nelayan yang empat awak-awaknya warga Myanmar didakwa melakukan aktiviti menangkap ikan di dalam perairan Indonesia pada 8 Disember lalu. 1.5 tan hasil tangkapan dan diesel juga dirampas.

“Walaupun mengakui tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa republik itu adalah mengikut undang-undang dan peraturan yang berkaitan di Indonesia, Kementerian Luar Malaysia berharap pihak berkuasa Indonesia akan bertindak dengan hati yang tulus ikhlas di samping memastikan kesejahteraan nelayan dalam menangani kejadian seperti ini pada masa akan datang,” jelas Wisma Putra dalam kenyataan media.

Bernama melaporkan. Kementerian Luar Malaysia juga menegaskan bahawa pihak berkuasa yang berkaitan sentiasa mengingatkan masyarakat nelayan untuk memastikan aktiviti menangkap ikan dijalankan di perairan Malaysia dan mengikut undang-undang, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang berkaitan.

Sebuah kapal nelayan yang mengibarkan bendera Malaysia dilapor ditenggelamkan pihak berkuasa Indonesia semalam selepas didapati bersalah oleh Pengadilan Negeri Medan kerana menjalankan aktiviti penangka

Tiada ulasan: