Selasa, 6 Januari 2015

Ifa terkilan dikritik, sifatkan gimik hanya sekadar lakonan

ANTARAPOS.COM


Post Pic

 
 
SHAH ALAM: Selepas dikirtik hebat di laman sosial gara-gara gimik persembahannya yang dipeluk seorang pelakon Hisyam Hamid dalam persembahannya untuk final Gegarvaganza Ahad lalu.
 
Hari ini Pelakon dan penyanyi Ifa Raziah, tampil menyuarakan rasa terkilan terhadap teguran itu kerana dirinya tiada niat untuk menggatal dengan Hisyam Hamid.
 
Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha, 38, berkata, Datuk Rosyam Noor sebagai seorang pelakon berpengalaman sepatutnya sedar adegan peluk yang dilakonkan bersama Hisyam menerusi lagu Matahari adalah sekadar lakonan semata-mata.
 
"Saya terima dengan hati terbuka komen dibuat oleh Rosyam cuma berasa sedih kerana beliau sendiri seorang pelakon berpengalaman yang sepatutnya faham apa yang saya lakukan itu hanyalah lakonan dan sebahagian daripada persembahan.
 
"Tidak terlintas dihati saya hendak menggatal dengan Hisyam mahupun menimbulkan situasi kurang senang dikalangan penonton atau juri kerana setiap minggu saya memang tampil dengan perceritaan menerusi lakonan dalam nyanyian saya.
 
"Sesiapa yang mengikut program tersebut pasti tahu yang saya setiap minggu akan menyelitkan lakonan dalam persembahan saya malah ada lebih dahsyat saya buat berbanding peringkat akhir ini," katanya.
 
Persembahan Ifa turut mendapat kritikan daripada Rosyam selaku juri pertandingan yang berpendapat persembahannya tidak sesuai untuk dipertontonkan kepada masyarakat.
 
Dikhabarkan gimik tersebut mendapat keizinan daripada suaminya dan mendapat sorakan penonton. 
 
Ifa mendapat tempat kelima dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 dan trofi.

Tiada ulasan: