Rabu, 7 Januari 2015

Faekah: Audit 'pampasan' cacat, niat jahat

MALAYSIAKINI


 


Mantan ketua pegawai eksekutif Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) Faekah Husin mendakwa laporan audit berhubung pampasan RM2.6 juta kepada kakitangan Tan Sri Khalid Ibrahim adalah cacat, dilakukan secara tidak profesional dan berniat jahat.

Dakwanya, dokumen itu cacat kerana dibuat tanpa penjelasan bekas pegawai menteri besar dan Khalid sendiri sebagai menteri besar ketika kejadian.

"Laporan audit yang kononnya menjadi asas tuntutan adalah satu laporan yang cacat, tidak dilakukan secara profesional dengan menurut tatacara pengauditan yang betul serta berniat jahat.

"Tindakan tidak profesional dalam memanipulasikan audit cacat tersebut telah mewujudkan prasangka yang dahsyat terhadap semua pihak yang terlibat membuat keputusan termasuk para penerima pampasan," katanya.

Faekah berkata beliau mengarahkan peguamnya melihat laporan itu daripada sudut undang-undang dan membuat tuntutan balas ganti rugi dan kerosakan termasuk "penghinaan" yang mereka alami.

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali sebelum ini mengarahkan bekas kakitangan Khalid mengembalikan pampasan yang diterima kerana tidak mematuhi tatacara dan peraturan kewangan berhubung syarat dan kontrak penggajian mereka.

Dakwanya, surat tuntutan itu gagal menyatakan dengan jelas undang-undang dan tatacara kewangan dan dakwaan salah laku ketika pembayaran dibuat.

Tiada ulasan: