MALAYSIAKINI
Perkhidmatan bas ekspres ke Pantai Timur yang dihentikan sementara sejak 26 Dis lepas akibat banjir kini disambung semula.
Yang Dipertua Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Sememanjung
Malaysia (PEMBAWA), Tajuddin Mohd Yunus berkata kebanyakan syarikat yang
menyediakan perkhidmatan dari ibu negara ke Kota Baharu dan Kuala
Terengganu sudah membuka semula perkhidmatan mereka.
"Namun laluan dari Kuala Lumpur ke Kuantan dan Pekan perlu melalui jalan
alternatif seperti laluan Bahau, Muadzam Shah dan Rompin kerana laluan
biasa telah dinaiki air," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata perjalanan ke Kota Bharu dan Kuala Terengganu mungkin
mengambil tempoh masa lebih lama kerana jalan masih dalam keadaan kurang
baik.
"Contohnya jika kebiasaannya ia mengambil masa tujuh jam dari Kuala
Lumpur ke Kota Bharu, kini ia mungkin mengambil masa sehingga sembilan
jam kerana jalan rosak atau mungkin masih ditenggelami air," katanya.
Tajuddin berkata walaupun bas terpaksa melalui jalan alternatif yang lebih panjang, namun kadar tambang kekal seperti dahulu.
"Pengusaha dan syarikat tidak dibenarkan mengambil kesempatan untuk
menaikkan kadar tambang dengan alasan mereka menggunakan jalan
alternatif yang lebih jauh," katanya.
Pada 29 Dis lepas, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat menghentikan
perkhidmatan bas ekspres ke Pantai Timur yang dilanda banjir dan
menggalakkan syarikat menggunakan laluan alternatif.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan