MALAYSIAKINI
Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh berkata tindakan ketua pembangkang
Datuk Shamsudin Lias menarik balik usul berhubung isu hudud menunjukkan
bahawa ia hanyalah helah politik.
Yeoh berkata, tindakan Shamsudin yang menarik balik usul berkenaan tanpa
sebarang alasan hari ini menunjukkan bahawa ia hanyalah helah politik
semata-mata.
"Setiap wakil rakyat mempunyai tangungjawab resam untuk menegakkan
integriti dan mengekalkan kesucian sidang DUN dengan tidak
memperlakukannya dengan sewenang-wenang dan sembarangan.
"Saya melihat langkah wakil rakyat Umno ini sebagai helah politik yang terang-terangan sekali," katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, Shamsudin tidak seharusnya membazirkan masa Dewan sekiranya tidak bersedia membahas usul tersebut.
Yeoh seterusnya mengingatkan ADUN agar tidak menyalahgunakan perintah tetap Dewan bagi menimbulkan isu politik.
"Dewan undangan negeri adalah tempat yang betul untuk wakil rakyat
bersuara bagi pihak yang diwakili mereka dan mengambil bahagian secara
produktif dalam proses perundangan.
"Saya mengingatkan ADUN Sungai Air Tawar dan semua wakil rakyat, dari
kerajaan atau pembangkang, agar tidak menyalahguna Perintah Tetap untuk
membentang usul bagi dibahaskan," katanya.
Usul untuk bertanya sekiranya hudud akan dilaksanakan di Selangor itu
pada asalnya dikemukakan oleh ADUN Sungai Air Tawar Kamarol Zaki Abdul
Malik.
Usul itu bagaimanapun ditarik balik oleh BN selepas ia diluluskan oleh speaker dewan untuk dibahaskan.
Shamsudin ketika ditanya menjelaskan ia bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul daripada usul berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan