Jumaat, 13 Jun 2014

Syiah ‘halal’

Syiah Dawoodi Bohra merupakan satu-satunya masyarakat Syiah yang diiktiraf oleh kerajaan.

Faizal-Musa-aka-Faisal-Tehrani
BANGI:  Umum mengetahui bahawa mazhab Syiah diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan berdasarkan fatwa yang dikeluarkan pada tahun 1996.

Banyak negeri telah menggubal enakmen negeri untuk mengharamkan penyebaran fahaman Syiah.

Bagaimanapun satu kumpulan pengikut diiktiraf oleh pihak berkuasa agama.

“Inilah pengikut Syiah halal.  Yang lain telah diharamkan,” kata Felo Penyelidik Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM Dr Faizal Musa yang merujuk kepada pengikut Syiah Dawoodi Bohra.

Terdapat 600 hingga 700 pengikut Syiah Dawoodi Bohra di Malaysia dan mereka terdiri dari masyarakat Gujarat Islam dan berpusat di Klang, dedah Faizal semasa sesi wacana bertajuk Pengenalan kepada Minoriti Agama di Malaysia di UKM semalam.

Mereka mempunyai bahasa yang unik yang terdiri dari gabungan Gujarat, Hindi, Arab dan Persia.
Menurut Faizal yang banyak mengkaji mengenai masyarakat Syiah, masyarakat Syiah Dawoodi Bohra telah diiktiraf sebagai masyarakat Islam bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah pada tahun 1983.
“Pengiktirafan kedua diterima mereka dalam tahun 2000,” kata beliau.

Menurut Faizal, pengiktirafan tersebut tidak menjamin masyarakat Syiah Dawoodi Bohra daripada gangguan oleh pihak berkuasa agama.

Tiada ulasan: