Jumaat, 6 Jun 2014

Pembinaan 31,086 Rumah Selangorku, jana pendapatan RM3 bilion

Oleh: NAZLI IBRAHIM


KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) komited dalam menumpukan usaha pembangunan rumah mampu milik bagi membuka peluang lebih luas kepada rakyat Selangor memiliki kediaman.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata usaha itu dapat dilihat apabila PKNS dijangka membina 31,086 unit rumah mampu milik dengan sumbangan hampir RM3 bilion kepada Kerajaan Negeri pada tahun 2008 hingga 2030.

“PKNS dikenali dengan usahanya membangunkan pusat pertumbuhan baru, perumahan, perniagaan, pelaburan dan pembangunan usahawan.

khalid ibrahim“Beralih ke fasa baru, PKNS kini menumpukan usaha pembangunan rumah mampu milik melalui program pemilikan Rumah Idaman PKNS atau di peringkat negeri dikenali sebagai Rumah Selangorku.

“Sehubungan ini, patik amat menggalakkan PKNS supaya menjalani perniagaan lebih bebas tanpa dibayangi Kerajaan Negeri,” katanya.

Abdul Khalid berkata demikian ketika mempersembahkan ucapan alu-aluannya kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Majlis Perasmian Menara Worldwide, Jalan Bukit Bintang di sini, malam tadi.

Dun Kota Damansara Geran Selangorku 01Katanya, usaha itu membolehkan PKNS berkembang sebagai perbadanan lebih berdaya maju dan mampu bersaing dengan syarikat swasta lain, sekali gus menjana keuntungan lebih besar dan menyalurkan kembali kepada rakyat Selangor.

Abdul Khalid yang juga Pengerusi PKNS turut berbangga terhadap kejayaan demi kejayaan yang ditempa perbadanan yang bakal berusia genap 50 tahun pada 1 Ogos ini.-NFN-

Tiada ulasan: