Ahad, 22 Jun 2014

Pelabuhan Klang catat bacaan IPU tidak sihat

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Pelabuhan Klang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 10 pagi ini, demikian menurut laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS). 
 
Kawasan berkenaan mencatat IPU melebihi 100 iaitu sebanyak 102. 
 
Sebanyak 33 kawasan mencatat bacaan IPU sederhana, antaranya Taiping (98), Seri Manjung (94) dan Shah Alam (89). 
 
IPU pada tahap antara 0-50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301). 
 
Orang ramai boleh menyemak status IPU di kawasan masing-masing dengan melayari portal http://apims.doe.gov.my. 

Tiada ulasan: