Sabtu, 21 Jun 2014

Muhyiddin masih diperlukan, kata Najib

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan kononnya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan disenarai dalam barisan kabinet baru beliau selepas rombakan dibuat.

Najib berkata, beliau mempunyai hubungan dan persefahaman yang baik dengan timbalannya itu.

Beliau juga berkata, masih banyak perkara perlu dilakukan antara beliau dan Muhyiddin dalam terutama dalam memperkukuh Umno BN.

"Dengan adanya hubungan dan persefahaman yang amat baik di antara saya dengan Muhyiddin, saya yakin kita dapat menghadapi segala cabaran untuk membangunkan negara seterusnya meningkatkan lagi kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan BN," katanya.

Sebelum ini, bloger Umno melaporkan Muhyiddin akan berundur dari kabinet bagi memberi perhatian kepada usaha memulihkan Umno.

Desas-desus itu diperkukuhkan lagi dengan kenyataan bekas menteri Tan Sri Zainuddin Maidin yang mendakwa Muhyiddin memang sudah lama memendam kecewa dan pernah menyatakan untuk berundur.

Perkara itu katanya memang diketahui oleh kawan-kawan rapat Muhyiddin.

Tiada ulasan: