KUALA LUMPUR - Sebanyak 20 buah keluarga tinggal sehelai sepinggang
apabila dua baris rumah panjang yang didiami mereka sejak 20 tahun lalu,
musnah dalam kebakaran di Kampung Chubadak Jaya, Sentul, di sini hari
ini.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira 3 petang itu dengan beberapa penghuni berjaya menyelamatkan diri sebelum rumah mereka terbakar.
"Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran itu dalam tempoh sejam. Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata, operasi memadam kebakaran berdepan kesukaran kerana kekurangan punca air di lokasi kejadian dan angin kuat menyebabkan api cepat marak.
Seramai 27 anggota bomba dan lapan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Hang Tuah, Setapak dan Gombak Selatan terlibat dalam usaha memadamkan kebakaran tersebut. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan