Selasa, 3 Jun 2014

Dyana Sofya tidak bercadang keluar DAP

FREE MALAYSIA TODAY

Dyana Sofya berkata DAP ialah parti pelbagai kaum dan akan terus berada dalam parti itu untuk meneruskan perjuangan politiknya. 


dyana sofyaKUALA LUMPUR: Calon DAP bagi pilihan raya Kecil (PRK) Teluk Intan yang baru berlalu, Dyana Sofya Mohd Daud, menafikan akan meninggalkan parti DAP ekoran kekalahan beliau.

Dyana Sofya berkata DAP ialah parti pelbagai kaum dan akan terus berada dalam parti itu untuk meneruskan perjuangan politiknya.

“Saya akan tetap berjuang bersama DAP, tiada cadangan keluar daripada DAP setakat ini. Jika ada yang menganggap saya kecewa dan akan keluar (DAP), mereka salah,” katanya kepada pemberita ketika waktu rehat Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik ke-28 di sini hari ini.

Dyana Sofya merupakan seorang daripada peserta persidangan itu.

Semalam, bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim, berkata beliau percaya Dyana Sofya akan meninggalkan parti pembangkang itu.

Tunku Abdul Aziz berkata beliau membuat ramalan itu berdasarkan pengalama sendiri ketika bersama DAP.

Dyana Sofia, 27, tewas dengan majoriti 238 undi kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong, 53, pada PRK Teluk Intan Sabtu lepas.  Bernama

1 ulasan:

reymond grey berkata...

Aku dah buat keputusan sokong Dyana tapi bila aku tahu boy friend dia apek aku pun sokong Mah.