SHAH ALAM - Bagi memahami isu sebenar mengenai hudud, Sinar Harian media yang dekat di hati rakyat sekali lagi akan menjadi platform antara pemimpin dan rakyat berbincang mengenainya.
Oleh itu, Wacana Sinar Harian siri ke-27, membawakan kepada anda tajuk Hudud: Bersediakah Kita? untuk sama-sama kita berbincang secara ilmiah, mencari satu titik pemahaman mengenai isu yang penting ini.
Besar harapan wacana kali ini menjadi medan untuk berkongsi idea seterusnya mencetuskan penyelesaian bagi isu yang sentiasa diperdebatkan ini.
Wacana kali ini, kami tampilkan barisan panelis yang tidak asing lagi, ahli akademik dan bekas Mufti Perlis, Profesor Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin; Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah; Timbalan Pengarah Institut Wasatiyah Malaysia, Jabatan Perdana Menteri, Dr Mushaddad Hasbullah dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Ir Dr Wee Ka Siong.
Sementara moderatornya, Dr Maszlee Malik yang juga merupakan seorang penganalisis politik terkenal tanah air.
Jadi jangan ketinggalan untuk bersama-sama memeriahkan wacana kali ini yang akan diadakan pada Rabu ini (7 Mei 2014), jam 2.45 petang di Auditorium Sultan Muhammad V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, di sini. Masuk adalah percuma.
Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan Laila (019-3310211), Fazli (019-2808492) dan Nurkhairini (019-3371066).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan