Jumaat, 23 Mei 2014

Undi Dyana, perkasakan wanita – Dr Sharifah Halimah


dyana paper

Roketkini.com


TELUK INTAN: Persatuan Wanita Perak menyatakan sokongan penuh kepada Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.

Presidennya, Dr Sharifah Halimah Jaafar berkata, Dyana adalah calon terbaik kerana beliau boleh membawa kepentingan wanita di Parlimen.

“Sekarang ini tidak ada sebarang input untuk membela wanita. Dengan adanya Dyana di Parlimen ia akan membawa penambahan idea baru serta semak dan imbang berkesan kepada wanita.

“Saya berharap para pengundi tidak memilih beliau berdasarkan rupa paras tetapi kebolehannya.

“Pemilihan Dyana mewakili suara generasi muda nantinya turut memberikan mesej untuk memperkasakan lagi para wanita di seluruh negara,” katanya yang juga alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam sidang media di Pusat Operasi DAP PRK Teluk Intan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengutuk serangan berbentuk perkauman dan seksis terhadap Dyana dari pelbagai pihak.

Mengalukan sokongan Sharifah, Dyana juga menyeru para wanita supaya bangkit dan tidak ketinggalan dengan lelaki dalam apa jua bidang.

“Wanita harus tahu mereka punya keupayaan untuk melakukan sesuatu.

“Ambil risiko. Jangan berada di belakang. Keluar dan bersuaralah,” katanya.

Setiausaha Politik Ahli Parlimen Gelang Patah itu menyatakan, memperkasakan wanita merupakan antara agenda utama yang akan diperjuangkan beliau jika dipilih sebagai Ahli Parlimen. -Roketkini.com

Tiada ulasan: