Selasa, 13 Mei 2014

Umno jangan mangsakan rakyat Terengganu lagi

GANUAzuan Ab Rahman


KUALA TERENGGANU: Kecelaruan politik yang berlaku di Terengganu membuktikan bahawa Umno-BN kerap memangsakan rakyat negeri itu demi mengekalkan kuasa, kata Pengerusi Majlis Pimpunan KEADILAN Terengganu, Azan Ismail.

“Masalah itu berpunca dari Umno sendiri, tindakan mereka sendiri yang membuatkan BN hilang majoriti.

“Jangan mangsakan kepentingan rakyat Terengganu kerana hanya mahu selamatkan maruah Umno semata-mata,” kata Azan yang juga Ahhli Dewan Undangan Negeri Bandar.

Tambah Azan, Umno Terengganu perlu menerima hakikat bahawa mereka telah kehilangan majoriti dalam DUN dan tidak lagi layak mentadbir negeri itu.

“Seharusnya kuasa memerintah itu dikembalikan kepada kita supaya pentadbiran negeri dapat dijalankan dengan lancar demi kepentingan rakyat,” tegasnya.

Kerajaan Umno Terengganu roboh apabila tiga wakil rakyat dari BN termasuk bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengisytiharkan mereka keluar daripada Umno lewat malam tadi.

BN Terengganu kini hanya diwakili 14 Adun berbanding Pakatan Rakyat yang menguasai 15 kerusi dengan tiga lagi kerusi merupakan kerusi bebas.

Sementara itu, pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari mencadangkan sidang dewan undangan negeri Terengganu dibubar susulan peletakan jawatan tiga wakil rakyatnya yang menyebabkan BN menjadi kerajaan minoriti.

interview aziz bari isu perlembagaan perakpix : fahmirep : tiada wartawanAziz Bari berkata daripada segi Perlembagaan, BN tidak boleh terus mentadbir negeri itu dan menteri besar baru, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman perlu meletak jawatan.
“Sultan kini perlu melantik (menteri besar) majoriti atau membubarkan sidang DUN.

“Berdasarkan ketaktentuan sekarang ini, pilihan lebih baik pada fikiran saya adalah membubarkan sidang DUN,” katanya, lapor Malaysiakini.

“Satu lagi sebab sultan perlu membubarkan sidang DUN untuk pilihan raya negeri adalah Ahmad Said secara asasnya merupakan pilihan sultan sendiri pada tahun 2008.

“Apabila ia berlaku, jelas Ahmad Said gagal untuk menstabilkan negeri. Daripada satu sudut, pilihan yang dibuat oleh sultan tidak tepat.

“Maka sultan tidak boleh mengulangi ‘kesilapan’ itu. Dengan itu, pilihan lebih selamat adalah untuk membiarkan pengundi Terengganu membuat pilihan,” kata Aziz.

Tiada ulasan: