Isnin, 12 Mei 2014

Ramkarpal yakin menang majoriti lebih besar

MALAYSIAKINI


 


Kepimpinan DAP berikrar bekerja keras dalam pilihan raya kecil Bukit Gelugor dan tidak akan mengambil mudah berdepan tiga calon bebas yang mencuba nasib di kawasan itu kali ini.

Walaupun begitu, calon mereka Ramkarpal Singh sendiri yakin akan mendapat undi majoriti lebih tinggi berbanding mendiang bapanya Karpal Singh.

Jangkaan itu dibuat ekoran sokongan pengundi dan sekutu DAP dalam Pakatan Rakyat.

“Kesemua anggota Pakatan jangka menang. Saya tidak nampak kenapa tidak (untuk tambahkan majoriti),” katanya dalam sidang media di Dewan Sri Pinang, tempat penamaan calon berlangsung hari ini.

Selain Ramkarpal, tiga lagi calon akan bersaing dalam pilihan raya kecil itu, iaitu, pemimpin Parti Cinta Malaysia (PCM) Huan Cheng Guan dan dua calon bebas Mohamed Nabi Bux dan Abu Backer Sidek Mohammad Zan.

Pilihan raya itu diadakan ekoran kematian penyandangnya Karpal Singh akibat kemalangan jalan raya.

DAP memang selesa dalam pilihan raya umum lalu dengan majoriti lebih 40,000 undi.

Tiada ulasan: