Isnin, 12 Mei 2014

PKR dakwa 'Parti Cari Makan' proksi BN

MALAYSIAKINI


 


Walaupun tidak meletakkan calonnya, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali hari ini mendakwa BN menggunakan proksi dalam pilihan raya kecil Bukit Gelugor.

Ini kerana, perdana menteri yang juga pengerusi BN Datuk Seri Abdul Razak tidak dapat mencari calon bertanding dalam pilihan raya Parlimen itu.

Beliau berkata demikian merujuk kepada penyertaan calon Parti Cinta Malaysia (PCM) yang diejeknya sebagai “Parti Cari Makan”.

Naib Presiden PCM Huan Cheng Guan antara yang bersaing dengan tiga lagi calon bagi merebut kerusi di Pulau Pinang itu.

"Kami tidak minta mereka cari 10 orang, hanya seorang dan itu pun mereka tidak mampu mereka lakukan.

“Sebaliknya mereka lantik Parti Cinta Malaysia untuk bertanding," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pusat operasi PKR di Bukit Gelugor.

Huan pagi ini menafikan menjadi calon mesra BN, dan menegaskan bertanding bawah logo partinya sendiri.

Beliau juga menyifatkan pemimpin DAP sebenarnya lebih mesra BN jika dibandingkan dengan PCM.

Selain Huan, tiga lagi calon bertanding Ramkarpal Singh (DAP), Mohamed Nabi Bux (bebas) dan Abu Backer Sidek Mohammad Zan (bebas).

Tiada ulasan: