Jumaat, 9 Mei 2014

Pemuda Gerakan Sandakan buat laporan polis terhadap kenyataan presiden Isma

THE MALAYSIAN INSIDER


























Pemuda Parti Gerakan Bahagian Sandakan hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Ikatan Islam Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman yang didakwa boleh mencetuskan isu perkauman.

Timbalan Ketua Pemuda Parti Gerakan Sabah, Chan Tzun Hei berkata laporan polis dibuat untuk meminta polis menahan dan menyiasat Abdullah Zaik di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

Beliau yang juga ketua Pemuda Gerakan Bahagian Sandakan berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Abdullah Zaik yang dimuat naik di laman web rasmi Isma adalah sungguh tidak bertanggungjawab dan boleh menimbulkan rasa kurang puas hati di kalangan orang bukan Melayu.

“Semua masyarakat Malaysia berbangga dengan keharmonian kaum yang dinikmati sejak sekian lama dan mana-mana individu tidak patut mengungkit isu perkauman yang sensitif seperti ini,” katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Sandakan hari ini. – Bernama

Tiada ulasan: