Jumaat, 9 Mei 2014

Pembangkang tiada matlamat jelas membela rakyat

Tajuddin Abdul Rahman  
Datuk Tajuddin Abdul Rahman


BATU KAWAN - Pengundi di kawasan Parlimen Bukit Gelugor diingatkan bahawa pakatan DAP, PKR dan Pas tidak mempunyai matlamat dan hala tuju yang jelas dalam perjuangan mereka, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata keadaan itu semakin nyata apabila DAP dan PKR tidak sehaluan berhubung cadangan Pas melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

"Pas ingin melaksanakan hukum hudud dan DAP membantah. Apa masa depan pakatan pembangkang kalau dasar sudah bercanggah antara satu sama lain yang boleh menimbulkan perbalahan serta membawa ketidakstabilan dalam politik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas perasmian Kompleks Jeruk Madu Pak Ali dan majlis pecah tanah tapak kilang baharu memproses jeruk di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Shariff dengan menanam pokok buah pala sebagai simbolik perasmian.

Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata apabila wujud ketidakstabilan politik, pelabur akan berkurangan sehingga perkembangan ekonomi terbantut dan keadaan itu memberi kesan kepada kehidupan rakyat berikutan tiada peluang pekerjaan.

Sehubungan itu, beliau berpendapat Barisan Nasional (BN) harus bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor 25 Mei ini.

"Lawan mesti lawan...menang atau kalah adalah perkara berbeza. Kita tahu ada juga yang menyokong BN (di kawasan Bukit Gelugor) dan bukan 100 peratus menyokong DAP," katanya. - Bernama

Tiada ulasan: