SEPANG: Sepuluh murid Malaysia yang terlibat
kemalangan di Perth, Australia Rabu lepas, selamat tiba di Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini Ahad malam.
Ketibaan mereka dan empat guru pengiring itu disambut Pengarah Pendidikan Selangor Datuk Mahmud Karim.
Bercakap kepada pemberita, Mahmud berkata kesemua mereka berada dalam keadaan baik dan hanya mengalami cedera ringan dan berjaya menyelesaikan semua aktiviti yang dirancang di sana.
"Seorang lagi guru tidak dibenarkan pulang oleh pihak hospital kerana masih menjalani rawatan pergelangan kaki dan tangan, manakala seorang lagi pelajar dibawa pulang sendiri oleh ibu bapanya," katanya.
Dalam kejadian itu, bas yang membawa 21 penumpang terdiri daripada murid berusia antara 10 hingga 12 tahun dan guru dari Malaysia dan Indonesia terbabas di kawasan pergunungan di selatan Perth.
Kumpulan terbabit dalam perjalanan ke Tasik Leschenaultia, 50 kilometer di selatan Perth, bagi mengikuti satu seminar pendidikan alam sekitar.
Mengulas lanjut, Mahmud berkata kumpulan dari Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam itu tiba di Perth pada 20 Mei lepas.
Seorang murid, Aishah Ahmad Firdaus, 12 berkata dia hanya tersedar bas terbabas selepas mendengar jeritan beberapa orang murid dan guru.
Sementara itu, guru pengiring Noraidah Badaruzaman, 33, berkata walaupun dalam kesakitan selepas kejadian, ingatan beliau hanya untuk menyelamatkan anak muridnya.
"Keadaan masa tu kabus sangat tebal dan merupakan kawasan bukit, bas juga tidak dipandu laju iaitu tidak lebih 50 km sejam," kata guru mata pelajaran Seni Visual dan Bahasa Malaysia itu. -

Tiada ulasan:
Catat Ulasan