Khamis, 15 Mei 2014

PAS kesal RTM tangguh siar wacana hudud di televisyen




Oleh MOHAMED HANIPA MAIDIN


PADA hari Khamis yang lepas (9 Mei 2014), saya telah dijemput oleh RTM untuk menjadi salah seorang ahli panel program wacana nasional dengan tajuk hudud.

Selain saya, wakil DAP iaitu Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong; wakil Umno, Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas, Dato’ Che Alwi dan wakil ahli akademik iaitu Dr Zubaidah dari Universiti Malaya juga dijemput menjadi ahli panel. Moderator wacana tersebut ialah Syed Munawwar daripada RTM.

Semasa forum itu, saya juga menyentuh jika Umno ikhlas dalam isu hudud ini maka Umno perlu jelaskan kepada rakyat mengapakah Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak dibicarakan di bawah undang undang Islam di Mahkamah Syariah kerana tuduhan ke atas beliau adalah melibatkan kesalahan di bawah undangundang hudud.

Wacana berlangsung selama sejam, di mana para ahli panel telah mengemukakan hujah masingmasing dan perbahasan meskipun adakalanya panas, namun masih dalam suasana yang harmoni dan tidak beremosi.

Saya harus mengucapkan tahniah kepada tuan moderator yang berjaya menghidupkan dan mengawal suasana perdebatan dengan cemerlang.

Selepas selesai program rakaman, kami dimaklumkan rakaman wacana tersebut akan disiarkan tanpa penyuntingan (edit) pada 11 Mei 2014 antara jam 11 hingga12 malam.

Pada malam itu, lebih kurang jam 10 malam saya mendapat makluman daripada pihak RTM bahawa rakaman yang sepatutnya disiarkan malam tersebut telah ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Saya juga mendapat maklumat bahawa rakaman itu masih belum ditonton oleh Menteri Penerangan.
Saya dengan ini ingin mendapat penjelasan dari Menteri Penera ngan tentang perkara perkara berikut:

1. Mengapakah siaran wacana tersebut ditangguhkan dan adakah Menteri terlibat sama dalam proses penangguhan siaran wacana nasional tersebut?

2. Adakah rakaman wacana itu akan disiarkan selepas ini dan jika ya, bila ia akan disiarkan?

3. Adakah jika rakaman wacana tersebut disiarkan selepas ini, Menteri akan memberi jaminan ianya akan disiarkan secara penuh tanpa sebarang penyuntingan (edit) terlebih dahulu?

4. Adakah menjadi amalan biasa setiap program wacana politik di RTM seperti wacana hudud ini ianya perlu terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada pihak Menteri sebelum ianya dibenar kan untuk disiarkan?

5. Mengapakah RTM enggan mengadakan program wacana seperti hudud ini secara langsung (live) bagi menunjukkan pihak kerajaan benar-benar berpegang kepada amalan demokrasi yang matang dan terbuka.

6. Sekiranya saya tidak mendapat jawapan daripada pihak Menteri di atas soalan-soalan di atas, saya akan membangkitkan isu ini di dalam Parlimen yang akan bersidang pada 9 Jun ini.

>> Penulis ialah Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS Pusat dan Ahli Parlimen Sepang.

Tiada ulasan: