MSO
Kata Ahmad Said atau Mat Said ketika dia "hilang akal" dua tiga
hari lepas ada pemimpin Pas datang memujuk dia agar membuat keputusan
cepat. Keputusan apa? Dia juga kata kalau dia tak halang ramai lagi Adun
Umno akan keluar parti menyebabkan Umno akan hilang kuasa memerintah.
Benarkah orang Pas yang pergi pujut Mat Said, atau sebaliknya. Kalau
boleh Mat Said sebutlah seorang dua yang pergi pujuk dia itu. Atau pun
dia sahaja yang berasan. Kita tidak yakin orang Pas jadi selemah dan
sepelahap itu untuk pujuk Mat Said. Pas selamanya bermain politik cara
baik dan politik munafik bukan cara Pas.
Apa yang didapati Mat Said ada hantar orang dia pergi berjumpa dengan
orang Pas. Tetapi pihak Pas tidak berapa layan sebab tidak yakin kepada
Mat Said. Mungkin kerana malu dengan keadaan itu dan untuk menghalalkan
tindakan masuk balik Umno selepas tidak sampai 48 jam istyhar jadi bebas
Mat Said kata Pas pujuk dia.
Mat Said sebenarnya tidak baca yang Najib Razak akan
buat keputuan cepat untuk menukarnya dengan Ahmad Razif Abdul Rahman.
Dia mengira Najib akan perlewatkan sebabkan itu Mat Said berdalih dan
memberi alasan kerana kenduri kahwin anaknya. Tetapi Najib sudah membaca
kilat dalam kilau.
Tahu-tahu Najib atur majlis angkat sumpah secara senyap dan Mat Said
"selak terkangkang". Najib katanya tahu rancangan Mat Said yang
dikatakan hendak bawa dua tiga orang Exco keluar Umno dan berpakat
dengan Pas. Dari mana Najib dapat tahu itu kebijaksanaan Najib. Seorang
perdana menteri tentu mempunyai info dari berbagai dimensi. Tetapi kalau
bukan salah seorang Exco atau orang yang rapat dengan Mat Said memberi
tahu, siapa lagi.
Katanya untuk mengelakkan nasi menjadi bubur Najib terpaksa lakukan
pertukaran secepat yang boleh tanpa pun memberi tahu kepada Mat Said.
Malam angkat sumpah MB Mat Said tidak hadir mungkin kerana tidak pun
dimaklumi.
Kepada Mat Said jangan kerana projek gagal diletakkan kesalahan ke atas
Pas. Bukankah Pas buat selama-lamanya tidak mempercayai kepada Umno. Apa
yang dihitung Pas itu benar, belum sampai kering kain dijemuran Mat
Said sudah masuk Umno semula.
Sementara itu Pesuruhjaya Pas Terengganu Satiful Bahri Mamat menafikan
dakwaan Mat Said yang kononnya dia dipelawa menyertai Pas. Kata Saiful
Pas memang tidak percaya kepada Mat Said kerana ia menjadi liabiliti.
"Pas tidak mengharap untuk membentuk kerajaan menerusi Adun lompat," katanya. Syabas Pas Terengganu kerana bersikap gentlemen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan