Jumaat, 9 Mei 2014

KPKK beri amaran kepada Ka Siong jangan ugut Najib



Oleh Mohd Sayuti Omar


Presiden Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan (KPKK) Abdul Razak Abbas memberi ingatan dan amaran keras kepada timbalan presidedn MCA, Wee Ka Siong agar tidak menggugut Najib Razak dan Umno daripada memberi sokongan kepada kerajaan Kelantan untuk membawa undang-undang persendirian (private bill) di parlimen bagi membolehkan Kanun Syariah Jenayah II dapat dilaksanakan

Abdul Razak presiden KPKK.
Ketika menghubungi blog Merah Tinta, sekjaap tadi, Abdul Razak yang dikenali dengan Abang Jak, kesal atas cara politik murahan Wee Kah Siong yang cuba mengagalkan hasrat kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud dengan menggugut Najib, kononnya MCA akan membuat pendirian semula kedudukannya dalam BN. Dalam bahasa lain, MCA akan keluar meninggalkan Umno kalau hudud dilaksanakan.

"MSO awak bagi tahu kepada timbalan prsiden MCA itu, jangan sesekali cuba mengugut Najib. Mungkin dia tidak tahu sejarah Najib dan latar belakangnya,"

"Najib adalah anak kepada Tun Razak, perdana menteri kedua Malaysia. Dia (Najib) memang nampak lembek tetapi dia seorang keras dan tegas? Katanya lagi sambil mendakwa dia kenal rapat dengan arwah Tun Razak semasa di dalam Umno dahulu.

Presiden KPKK itu memberi reaksi kepada kenyataan Wee Ka Siong yang mengatakan mahu mengkaji kedudukan MCA dalam BN sekiranya Umno menyokong hukum hudud semasa wacana hudud, Hudud: Bersediakah Kita, di Petaling Jaya semalam. Wacana itu turut dianggotai Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah, bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri dan Musaddad Hasbulah.

Wee Ka Siong ketika menjawab pertanyaan moderator Dr Mazlee Malik, yang ingin tahu apakah pendirian MCA sekiranya Umno menyokong private bill yang dibawa oleh Pas di parlimen nanti ekoran sikap MCA yang keras menentang hudud.

Kenyataan Wee Ka Siong yang mahu mengkaji kedudukan MCA dalam BN sekiranya Umno sokong hudud itu disifatkan oleh KPKK sebagai satu ugutan dimana ia adalah satu tektik yang tidak sepatutnya dilakukan kerana hudud adalah "premis" orang Islam dimana Umno sebagai parti Melayu - Islam wajar menyokongnya dan tidak boleh dipersoalkan pendiriannya.

Razak juga mengingatkan agar Wee Ka Siong atau mana-mana pihak termasuk DAP supaya tidak mencampuri urusan agama Islam termasuk hudud. "Agama Islam memang mengamalkan budaya berbincang, "berjemak berkira", maka kalau ada sesuatu yang tidak faham hendaklah bertanya jangan pakai buat kenyataan atau menolak sembarangan. Mengikut para ulamak kalau belajar tanpa guru ia ibarat bejar dengan syaitan," kata Razak lagi dengan nada tegas.

"Saya yakin banyak perkara mengenai agama Islam yang Wee Kah Siong tidak tahu. Pemahaman mengenai Islam bukan saja boleh diambil dari pembacaan atau cerita-cerita ditepi jalan, tetapi ia perlu belajar, menghadap guru untuk mendapat penjelasan yang betul."

"Ilmu di dalam Islam juga bukan setakat syariat, tetapi ia mencakupi tariqat, hakikat dan makrifah", katanya panjang lebar. Tanpa ilmu-ilmu itu tegas Razak seseorang tidak mudah untuk memahami rahsia dan rahmat di dalam agama Islam.

Dalam pada itu Razak juga mengatakan sekiranya Kah Siong ingin penjelasan mengenai hudud atau apa sahaja tentang Islam beliau sedia memberi tunjuk ajar.

Katanya sekiranya Wee Kah Siong tidak boleh memahami bahasa Melayu, dia akan menyampaikan penjelasan itu dalam bahasa Cina, kerana beliau tahu bahasa Cina. "Abang Jak bersekolah Cina dan pandai berbahasa Mandrin dan Siam, jadi tidak ada masalah untuk memberi penjelasan dan penerangan mengenai hudud kalau mahu," katanya.

Disebabkan Wee Ka Siong menimbul dan mempersoalkan soal keadilan tentang hudud, beliau meminta kerajaan Kelantan mengkaji al Quran sedalam-dalamnya untuk mengetahui apakah hukum hudud boleh dikenakan kepada semua warga negara tanpa pilihan atau pengecualian mengikut anutan agama.

"Saya minta kerajaan Kelantan mengkaji al Quran, apakah hukum hudud boleh dikenakan ke atas semua rakyat negara ini tanpa terhad kepada orang Islam sahaja," kata Razak penuh harapan dan sambil bertanya apakah itu yang Wee Kah Siong inginkan.http://msomelayu.blogspot.com

Tiada ulasan: