ASPAN ALIAS
Penyertaan Dyana Daud, sebagai calon DAP dalam pilihanraya Teluk Intan memberikan banyak kesimpulan yang jelas. Saya adalah orangnya yang membawa Dyana hampir dan akhirnya menjadi calon DAP dan saya begitu bangga dengan kehadiran beliau dalam arena politik negara. Saya begitu rapat dengan ibu dan bapanya dan saya hampir secara peribadi mengenali dengan Dyana sejak Dyana masih dalam buaian lagi. Daud bapanya, serta ibunya Yammi Samat, adalah sahabat keluarga dan tidak pernah berpecah kerana keikhlasan keluarga ini bersahabat dengan keluarga saya.
Saya begitu bersukacita dengan
pencalonan beliau itu kerana beliau mungkin dapat membersihkan nama DAP sebagai
parti hanya untuk kaum Cina, malahan salah satu dari sebab kenapa DAP dan
Pakatan tidak berjaya dalam pilihanraya yang lepas ialah kerana isu bangsa yang
menjadi isu yang hangat semasa itu. PAS telah berhadapan dengan isu nama Allah
yang disebut-sebut oleh rakan kongsinya DAP dan DAP pula telah menunjukkan sikap
chauvinistik nya kerana apa yang digambarkan parti itu sebagai parti untuk semua
bangsa tidak dilaksanakan oleh DAP semasa itu.
DAP hanya mempunyai seorang Ahli
Parlimen Melayu iaitu Ariff Sabri di Dewan Legislatif Parlimen. Jika kita semua
iktiraf Zairil sebagai Melayu maka DAP hanya mempunyai dua orang wakil Melayu
walaupun telah mengakui parti itu sebagai parti semua kaum. Nyata itu merupakan
kudis bagi DAP dalam PRU yang akan datang kerana DAP telah berbohong dan tidak
dapat membuktikan yang ia adalah sebenarnya parti berbilang kaum.
Dengan terpilihnya Dyana sebagai
calon DAP di Teluk Intan ini mungkin DAP secara beransur-ansur dapat
membuktikan dan meyakinkan orang ramai yang kali ini DAP tidak berbohong lagi.
Tetapi DAP hanya akan dapat membuktikan yang mereka serius untuk menjadikan
parti itu sebagai parti berbilang kaum dalam PRU yang akan datang.
Saya merasakan yang Dyana akan
memenangi PRK Teluk Intan ini dan ramai yang menghubungi saya untuk memberikan
undi menyokong Dyana secara moral untuk Dyana menjejak kaki ke Dewan
Parlimen dan memainkan peranan untuk memperjuangkan 'multiracialism' sebenarnya dalam DAP itu.
Dengan kemenangan Dyana, maka ada
dua muka Melayu di dalamnya termasuk Ariff Sabri dari Raub. Seperti yang
saya
nyatakan tadi jika kita semua iktiraf Zairil sebagai Melayu maka ada
tiga orang
Melayu dalam Parlimen yang mewakili DAP. Dengan tercalonnya Dyana ini,
saya
berpendapat DAP bernasib baik dengan adanya PRK ini. DAP masih ada
kesempatan
untuk memperbaiki keyakinan orang Melayu yang DAP sedang berusaha untuk
menjadikan parti itu 'multiracial' sebagai 'attribute'nya walaupun
sasarannya masih jauh jika parti itu mahu diyakini sebagai parti
berbilang kaum.
Tetapi kita akan hanya tahu
samada DAP serius atau hanya bermain ‘intrigue’ politik semata-mata apabila
kita melihat senarai calon parti itu dalam pilihanraya 14 nanti. Orang
Melayu sekarang amat memberikan fokus terhadap DAP dalam PRU yang akan datang.
DAP tidak ada masalah untuk mencari Melayu yang berwibawa yang masih muda dan
berkemampuan untuk memberikan nafas dan imej baru kepada parti itu.
Melayu yang muda-muda (40 tahun
ke bawah) masih ramai yang belum tercemar budayanya yang boleh diraih oleh DAP
untuk bergiat dalam parti itu.
Bagi saya pengundi di Teluk Intan
sepatutnya memberikan sokongan dengan memberikan undian yang padu kepada Dyana,
anak muda yang mempunyai sisik politik yang tinggi. Darah politiknya datang
dari darah ibunya yang tidak pernah bersara dari politik walaupun sekarang ini
tidak memegang apa-apa jawatan. Walaupun ibu dan keluarga Dyana adalah ahli
seumur hidup UMNO tetapi mereka tidak mencegah Dyana membuat pendiriannya
sendiri.
Sesungguhnya keluarga ini adalah
keluarga yang hidup dengan perjuangan dan kecenderungan politik yang berbeza
tidak memecahkan keluarga ini. Itu sahaja adalah bukti yang politik masih hidup
jika dalam keluarga itu mempunyai pendirian yang berbeza diantara satu dengan
lain.
Kepada pengundi Teluk Intan, saya
tahu dan mengakui secara testimonialnya yang Dyana ini adalah anak yang baik
dan boleh digilap dan diberikan galakan untuk maju jauh kehadapan. Buat kali
ini cara menggilapnya ialah dengan memberikan sokongan kepada beliau tanpa
was-was.
Saya yakin, pengundi Teluk Intan
tidak akan ada kekesalan jika mengundi Dyana ini. Berpakat-pakatlah sesama
sendiri serta rakan dan keluarga dan memberikan undian yang jelas kepada wanita
muda yang bertenaga dalam hidup ini.
Jangan kita biarkan orang Melayu hanya dijadikan pembawa poster dan memikul banting-banting sambil memanjat tiang untuk menampal poster dalam pilihanraya sahaja.
Jangan kita biarkan orang Melayu hanya dijadikan pembawa poster dan memikul banting-banting sambil memanjat tiang untuk menampal poster dalam pilihanraya sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan