Najib menyampaikan ucapan dasar pada Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Umno Ke-67 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. - Bernama
NAY PYI TAW - MYANMAR. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, beliau menerima keputusan MCA untuk tidak bertanding pada PRK Parlimen Bukit Gelugor namun ia tidak bermakna akan memberi laluan mudah kepada DAP.
Najib yang juga pengerusi BN berkata, akan ada calon lain yang akan bertanding dan keputusan akan dibuat bila tiba masanya.
Ditanya adakah BN akan menurunkan calon daripada parti-parti komponen, Najib menjawab:
"Bukan daripada komponen tapi pihak-pihak lain akan bertanding mungkin sebagai calon Bebas. Kami akan putuskan kemudian," katanya.
Bercakap dalam sidang akhbar kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-24 di sini, Najib berkata MCA sebagai sebagai sebuah parti sedang dalam proses penyatuan.
"Jadi adalah penting untuk MCA meneruskan proses itu supaya menjadi lebih disegani serta bertambah kukuh.
"Saya harap MCA akan terus memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan MCA sebagai parti politik dan parti dalam BN," kata Najib.
Semalam, Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan mengumumkan keputusan parti itu untuk tidak bertanding di Bukit Gelugor selepas Mesyuarat Tergempar Majlis Presiden yang diadakan di Ipoh, Perak. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan