Sabtu, 24 Mei 2014

Bukit Gelugor: Pastikan calon lain hilang deposit

ROKETKINI 






GEORGE TOWN: “Pastikan calon Pakatan menang besar,” begitulah sentimen yang berlegar sepanjang ceramah mega malam tadi, malah sepanjang tempoh kempen Pilihan raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor.

Ceramah yang diadakan di Dewan Sekolah Menengah Han Chiang adalah kemuncak kempen PRK kali ini, disertai pimpinan utama Pakatan Rakyat seperti Lim Kit Siang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta dihadiri hampir 10,000 hadirin yang memenuhi dewan dan kawasan padang.

Malah, Kit Siang dalam ucapan penuh bersemangat menggesa pengundi menjadikan PRK ini satu sejarah dengan memberikan kekalahan ‘hilang deposit’ kepada calon-calon lawan.

“Pastikan calon-calon lain ini hilang deposit, dengan itu kita dapat jadikan kemenangan ini bersejarah. Dengan itu kita dapat bina momentum di Teluk Intan.

“Selepas kita hantar Ramkarpal dan (calon PRK Teluk Intan) Dyana Sofya, bermulalah politik baru menggantikan politik perkauman lama,” katanya.

Pada Pilihan raya Umum lalu, mendiang Karpal Singh mengalahkan calon Barisan Nasional Teh Beng Yeam dengan majoriti 41,778 undi.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula merayu agar semua pengundi keluar Ahad ini dan jangan terleka dengan tanggapan kemenangan mudah Pakatan.

“Saya yakin Ram boleh menang, tetapi biarlah kemenangan itu meyakinkan supaya kita boleh ajar BN. Maka, tolong datang (mengundi) dengan beramai-ramai,” katanya.

Mengulang semangat yang sama, calon DAP Ramkarpal Singh kembali mengulang mesej utama kempen kali ini – keluar mengundi.

“Bukan sahaja kita mengharapkan kemenangan meyakinkan, anda semua perlu keluar dengan bilangan besar untuk menghantar mesej jelas kepada BN – enough is enough, jangan main-main!” katanya, disambut sorakan gemuruh hadirin.

Tiada ulasan: