Ahad, 18 Mei 2014

Awang Selamat cadangkan Shabery Cheek dilantik Ketua Umno Terengganu

Lebih sesuai jawatan tersebut disandang sementara oleh pemimpin Umno lain bagi meredakan suhu politik yang masih tinggi.

Ahmad-Shabery-Cheek
PETALING JAYA: Awang Selamat kolumnis Mingguan Malaysia mencadangkan pucuk pimpinan Umno melantik Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu.

Katanya, memandangkan Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman masih baharu menjadi Menteri Besar menggantikan Datuk Seri Ahmad Said, adalah lebih sesuai jawatan tersebut disandang sementara oleh pemimpin Umno lain bagi meredakan suhu politik yang masih tinggi.

“Awang melihat antara calon yang sesuai ialah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Ahmad Shabeery Chik yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Kemaman,” tulisnya dalam akhbar milik Umno itu.

Katanya lagi, walaupun beliau bukan Ketua Umno bahagian, beliau mempunyai kedudukan dalam Kabinet, berpengalaman luas dan disegani.

“Lebih daripada itu, Shabeery boleh diterima oleh semua pihak yang berbeza haluan. Awang percaya beliau mampu membawa kestabilan politik kepada Umno Terengganu,” katanya lagi.

Tambah Awang Selamat lagi, meskipun kemelut peralihan Menteri Besar yang menggemparkan politik tanah air telah selesai, ia tidak boleh diambil ringan.

“Cabarannya, bersedialah menjangkakan apa lagi dugaan, juga kejutan selepas ini,” ujarnya.

Tiada ulasan: