Isnin, 5 Mei 2014

Anwar sampaikan kuliah Kebangkitan Asia di Puchong 10 Mei

KEADILAN DAILY

Asia_Renaissance_3 


KUALA LUMPUR : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan kuliah ‘Gelombang Kebangkitan Asia’ bahagian ketiga pada hari Sabtu, 10 Mei 2014.

Manakala ahli Biro Politik KEADILAN, Dr Syed Husin Ali turut akan menyampaikan syarahan bahagian ketiga ‘Merdeka Rakyat’.

Program istimewa ini akan diadakan pada hari Sabtu, 10 Mei 2014 pukul 2 petang, bertempat di Diwan Reformasi, Demokrasi dan Upaya Masyarakat, No 72, Jalan 2/3, Bandar Puteri Puchong.

Kepada mereka yang berminat untuk menyertai program ini, sila hubungi penyelaras Centre for Reform Democracy and Social Initiative melalui emel asian.renaissance.reformasi@gmail.com.

Tiada ulasan: