MALAYSIA KINI
Pencabar
Khairy Jamaluddin untuk jawatan ketua pemuda Umno Malaysia, Syed Rosli
Syed Harman Jamallulail berpendapat menteri belia dan sukan itu telah
gagal dalam memimpin sayap itu selama ini sehingga melahirkan
kumpulan-kumpulan pendesak Melayu.
Menurutnya, kumpulan-kumpulan itu berperanan menjalankan tugas-tugas yang sepatutnya dipikul oleh Pemuda Umno dalam menjaga hak-hak orang Melayu.
"Apabila kamu (Khairy) masuk (ke dalam Pemuda) kamu mempunyai fahaman seakan-akan liberal.
"Kamu gagal memimpin dan gagal mempertahankan hak-hak orang Melayu, Raja dan Islam.
"Jadi tumbuhlah NGO yang dipelopori bangsa Melayu malah ada di antara mereka kelihatannya lebih popular daripada Umno," kata syed Rosli (kiri) pada satu sidang media tengah hari tadi.
Menurut Syed Rosli, Pemuda Umno memerlukan pemimpin yang berani untuk kembali kepada asas perjuangan pergerakan itu dan perkara tersebut mendorongnya menawarkan diri bertanding.
"Jadi sekarang ini pemuda Umno memerlukan revolusi. Hendak gerakkan revolusi kini kena ada seorang yang berani.
"Saya boleh anggap diri saya berani sebab saya seorang ahli biasa tetapi saya cabar menteri kabinet kerana saya ada kemahuan dan keihlasan untuk buat Pemuda kelihatan lebih relevan dan dihormati," katanya.
Syed Rosli mencuri perhatian media dan orang ramai apabila bersumpah untuk tidak akan terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa sekiranya terpilih sebagai ketua pemuda Umno.
Selain beliau turut mencabar Khairy untuk jawatan itu adalah Ketua Pemuda Cawangan Bendang Baru, Langkawi, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi; bekas Ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok Abd Karim Ali serta Ketua Pemuda Umno Cawangan Bukit Setiawangsa Irwan Ambak Khalid Izhar.
Mengulas mengenai calon-calon lain, Syed Rosli (kiri) berpandangan Akhramsyah dan Irwan Ambak tidak akan mampu memahami jerih dan susah payah rakyat kebanyakan kerana mereka datang daripada keluarga yang berada.
"Akhramsyah dia bukan orang susah.
"Irwan Ambak pula adalah anak saudara Pak Lah (bekas perdana menteri kelima).
"Jadi bagaimana mereka hendak perjuangkan nasib orang bawahan jika mereka tidak memahami kesusahan itu," katanya.
Seorang lagi calon, Karim Ali pula katanya sehingga kini masih belum mengumumkan visi atau misi beliau baik kepada perwakilan atau media selepas pencalonannya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan